• Jonathan Shiek

Atlet Olimpik Uganda Hilang Secara Tiba-Tiba Di Jepun

Kejadian yang berlaku di Tokyo, Jepun apabila atlet Olimpik dari Uganda ini hilang secara tiba-tiba. Atlet tersebut mewakili sukan angkat berat buat negaranya dan telah tinggalkan nota mengatakan beliau berharap dapat terus tinggal di negara Jepun kerana faktor kesusahan hidup di negaranya, lapor pegawai bertugas.

Julius Ssekitoleko, berusia 20 tahun telah melarikan diri dari kemnya di Izumisano, Osaka. Sehingga kini pihak berkuasa masih gagal dikesan oleh pegawai di kem tersebut. Setiap wakil dan atlet dari negara luar perlulah menghantar sampel ujian COVID-19 pada pagi hari, tapi mereka tak dapat menerima sampel tersebut dari Julius menjelang tengah hari.

9 deligasi atlet dari Uganda telah tiba di lapangan terbang Narita pada 19 Jun yang lalu, antara kumpulan awal yang tiba di Jepun dan daripada 9, manakala dua atlet didapati sah positif COVID-19.

Jurulatihnya, Beatrice Ayikoru berkata Julius akan pulang semula ke Uganda kerana gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh sukan Olimpik di Tokyo pada Selasa lalu. “Kami dah sedia maklum setiap atlet tak dibenarkan meninggalkan kem dan memerlukan kebenaran daripada pegawai di sini. Kami akan bekerjasama dengan pegawai di sini untuk mencari Julius,” kata Beatrice.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments