• Jonathan Shiek

Atlet Gimnastik Greece Dakwa Diseksa Dan Didera Jurulatih Selama Bertahun-Tahun

Seramai hampir 24 ahli gimnastik Greece mendakwa telah diabaikan dan didera oleh jurulatih mereka selama bertahun-tahun.

Menurut akhbar tempatan, 22 atlet lelaki dan wanita itu membuat pendedahan tersebut menerusi sepucuk surat yang ditulis kepada Presiden negara itu, Katerina Sakellaropoulou dan Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis.

Mereka mendakwa bahawa mereka dilatih dengan kasar dan kejam sejak tahun 1985 malah, dipaksa berpuasa selain didera mental dan fizikal di samping menjadi mangsa gangguan seksual.

“Buat pertama kali, pendedahan tentang penderaan secara psikologi dan fizikal dibuat beramai-ramai oleh atlet gimnastik,” demikian kata peguam kumpulan atlet tersebut, Alexandros Adamidis kepada akhbar tempatan.

Lebih menyedihkan, tiada tindakan diambil persekutuan gimnastik Greece susulan tuduhan tersebut pada Mac lalu.

Menerusi surat tersebut, kumpulan atlet itu mendakwa, jurulatih akan menampar, menendang dan melemparkan objek kepada atlet semasa latihan malah turut menarik rambut dan menyeret badan atlet perempuan.

Terdapat juga masa dimana, jurulatih akan menanggalkan tilam pelapik semasa latihan yang mengakibatkan atlet cedera. Beberapa atlet juga dipaksa untuk meneruskan latihan walaupun mereka telah tercedera, demikian menurut surat itu.

Langkah disiplin yang dikenakan termasuk memaksa atlet untuk berlatih dalam cuaca ekstrem serta tidak membenarkan mereka pergi ke tandas.

Sumber: TRTWORLD

0 views0 comments