• Jonathan Shiek

Atlet Angkat Berat Para Negara Pecah Rekod Dunia!

Atlet angkat berat para negara, Bonnie Bunyau Anak Gustin melakukan kejutan dengan memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230 kilogram menuju ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza ke-11 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Atlet berusia 22 tahun itu dilihat tidak berdepan sebarang kesukaran untuk melakukan angkatan pertama dengan bebanan 210kg sebelum melepasi 221kg pada angkatan kedua.

Bonnie dilihat cuba memperbaharui rekod dunia dengan angkatan 230kg pada angkatan ketiga, namun dibatalkan. Bagaimanapun, Bonnie dilihat tidak berputus asa dan berjaya melakukan angkatan tersebut sekali gus memecahkan rekod dunia yang sebelumnya dipegang oleh Rustami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.

Kejayaan tersebut merupakan persiapan terbaik atlet kelahiran Sarawak tersebut menuju ke Kejohanan Paralimpik Tokyo yang membuka tirai pada 24 Ogos hingga 5 September depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi Facebooknya mengucapkan tahniah kepada atlet tersebut;


Sumber: Kosmo

1 view0 comments