• Jonathan Shiek

“Asyik Mati Je Pokok Kite?” Aplikasi Ini Akan Membuat Tanaman Anda Subur

Semasa lockdown, ramai yang beralih kepada hobi baharu, termasuklah menceriakan ruang rumah dengan membeli tanaman dan berkebun.

Macam saya! Tapi realitinya. Berkebun tidak semudah hanya menyiram tanaman dan meletakkannya di luar (kadang-kadang jadi la buat macam tu… tapi tak semua yang menjadi). Memang susah. Yang mana tak tahu, memang akan ditimpa dengan nasib banyak tumbuh-tumbuhan layu.

Walaupun begitu, anda tidak perlu lagi kecewa sebab, teknologi dah maju! Aplikasi yang dikenali sebagai NatureID akan dapat menolong tukang kebun untuk melakukan perkara mereka.

Google Play Store


Aplikasi ini tersedia untuk pengguna Android dan Apple. Dengan kamera dalam aplikasi, anda akan dapat mengenal pasti semua tanaman di halaman belakang rumah anda dan cara yang betul untuk merawatnya!

Anda juga boleh menggunakannya untuk menetapkan peringatan untuk menyiram tanaman anda.

Screenshot Image

Screenshot Image

Sumber: WorldOfBuzz

1 view0 comments