• Jonathan Shiek

Ashton Kutcher, Mila Kunis Dan Anaknya Hanya Mandi Bila Perlu

Pasangan pelakon Hollywood, Ashton Kutcher dan Mila Kunis mengejutkan peminat dalam minggu ini setelah mendedahkan mereka hanya memandikan anak-anak mereka apabila mereka dapat melihat kotoran di atas mereka.

Pasangan terkenal yang telah berkahwin sejak 2015, adalah ibu bapa kepada anak perempuan Wyatt berusia enam tahun dan anak lelaki Dimitri berusia empat tahun.

Bercakap di podcast Dax Shepard, duo itu mengatakan bahawa mereka juga jarang menggunakan sabun kerana mereka tidak mahu kulit halus anak-anak mereka menjadi kering.

Mila juga berkata “Saya tidak mempunyai air panas semasa kecil, jadi saya tidak mandi dengan kerap.”

Walaupun sebilangan ibu bapa berpendapat mandi setiap hari adalah keperluan, tetapi pasangan Hollywood itu menyatakan mandi secara minimal adalah rutin mereka.

Kutcher pula berkata, mereka hanya membersihkan bahagian yang terkena kotoran sahaja.

“Kalau nampak ada kotoran pada anak-anak, kami akan bersihkan. Kalau tidak, tak perlu mandi,” katanya.

Menurut Kutcher, dia hanya menggunakan air untuk membersihkan wajah selepas melakukan aktiviti kecergasan.

“Hanya ketiak dan celah kangkang saja, tempat lain tak perlu. Kalau selepas bersenam, saya basuh muka untuk buang garam-garam peluh,” katanya.

Sumber: Daily Record UK

0 views0 comments