• Jonathan Shiek

Asap Vape Boleh Menyebarkan COVID-19 – Kajian

Terbaru dari satu kajian mendapati pengguna vape yang telah dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus kepada orang sekelilingnya dengan cara hembusan. Menurut dari Portal Daily Mail UK, pakar dari Mexico, New Zealand dan Italy berkata hembusan asap vape ini boleh menyebarkan ribuan partikel virus pada persekitaran individu tersebut.

Mengikut dari kajian tersebut, ia boleh tersebar sehingga jarak 2 meter dimana ia melepasi peraturan fizikal di negara United Kingdom iaitu 1 meter. Bagi pakar saintis menggesa pengguna vape supaya tak melakukan perbuatan sedemikian di kawasan awam kerana ia merisikokan orang ramai.

Walaupun, ia sukar dihentikan aktiviti itu di rumah, tetapi ia masuk akal untuk melarang pengguna vape di tempat-tempat awam. Menurut, Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexicor berkata “ bahan kimia dalam asap vape tersebut tak mampu membunuh virus berkenaan”. Kajian ini masih lagi dikaji semula dan perlu juga disahkan oleh saintis-saintis lain. 

Sumber artikel asal Astro Awani

1 view0 comments