• Jonathan Shiek

Asap Rokok Punca Asma Jadi Lebih Teruk

Penyakit asma bukanlah sesuatu perkara yang baru dan ia adalah sesuatu penyakit disebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Menurut pakar pediatrik, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Melanie Majaham berkata “ ia bermula dari kanak-kanak yang menghidap penyakit ini disebabkan beberapa faktor seperti terdedah dengan jangkitan virus, debu, asap rokok, perubahan cuaca dan sesetengah makanan yang menyebabkan asma boleh menyerang”.

Bagi kesan jangka panjang, apabila kanak-kanak yang menghidap asma tersebut meningkat dewasa ia boleh memberi kesan pada mereka sekiranya tak dicegah sejak kecil. Sekiranya, ibu bapa tak cegah secara awal pada anak-anak mereka sejak usia awal lagi, berkemungkinan mereka mudah terdedah dengan penyakit asma sehingga peringkat dewasa. 

Antara langkah pencegahan bagi memudahkan mereka ialah pesakit berkenaan mesti berada dalam keadaan persekitaran yang bersih, elakkan merokok di hadapan pesakit asma atau debu halus yang mudah menyerang pesakit asma. Walaupun ia sukar pada mulanya, ibu bapa perlu memberi perhatian yang penuh terhadap persekitaran mereka. Cegah dari awal sebelum ia terlambat.

Sumber artikel asal dari Berita Harian

0 views0 comments