• Jonathan Shiek

“Artis Malaysia sepatutnya boleh jadi jutawan, tapi…” – Ziana Zain

Menerusi Astro AWANI, penyanyi terkenal tanahair Ziana Zain menyatakan penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan.

Menurutnya, perkara itu susah untuk direalisasikan kerana hak dan kebajikan mereka tidak diajaga sebaiknya.

Situasi menjadi semakin buruk kerana cetak rompak di era teknologi digital dilihat seperti perkara biasa, khususnya apabila hasil karya kini diperdagangkan secara dalam talian.

“Kalau nak diikutkan, kami artis di Malaysia, kaya sebenarnya, malah boleh jadi jutawan, jika dinilai kepada hasil karya.

“Tetapi disebabkan cetak rompak, kami tak dapat apa yang sepatutnya. Tetapi, badan-badan yang mengutip duit, mereka lebih kaya sekarang.

“Kami yang penat menyanyi, berpuluh album tapi akhirnya mereka yang kaya. Padahal, mereka tak ada hasilkan apa-apa pun.

“Pembahagian keuntungan langsung tidak seimbang. Tiba-tiba mereka dapat pula beli bangunan RM14 juta, contohnya. Yang urus bahagian royalti kami, gajinya RM15,000 sebulan.

“Tetapi kami para artis, dapatlah RM500 atau RM600. Adilkah?” katanya ketika ditemubual Astro AWANI.

Kita perlu support pemuzik tanahair ok?

#cetakrompak #zianazain

0 views0 comments