• Jonathan Shiek

Artis Dari Malaysia Menghias Muka Depan Majalah ‘Time’ Dengan Karyanya!

Majalah terkemuka ‘Time’ yang banyak melaporkan mengenai isu semasa dan berita dunia itu memilih untuk menggunakan bakat seorang artis tempatan sebagai penghias muka depan majalah tersebut.

Artis Malaysia, Red Hong Yi menghabiskan masa dua minggu untuk mencipta gambar yang merupakan sebahagian arca dan sebahagian lagi seni persembahan.

Beliau dan pasukannya yang terdiri daripada enam orang itu membina peta dunia berukuran 7,5 x 10 kaki dengan menggunakan 50,000 batang mancis hijau.

Beliau kemudian membakar karya seni itu – mewakili bagaimana krisis iklim global akan memberi kesan kepada kita semua, di mana pun kita tinggal.

Menurutnya, inspirasi dari karya seni ini adalah desakan untuk bersama-sama menangani [perubahan iklim].

“Ideanya datang dengan menggunakan peta dunia, tempat semua orang terlibat, dan jika satu tempat terjejas, seluruh tempat akan terjejas.” katanya.

Tahniah Red!

Sumber: Time

0 views0 comments