• Syaziyah Md Sharif

Arab Saudi Lancarkan Liga Bola Sepak Wanita

Ia akan menjadi permulaan bagi era baru sukan tersebut

Kredit Foto: Arab News

Arab Saudi melancarkan liga bola sepak wanita pertamanya hari ini sekali gus membuka laluan untuk wanita menjadi pemain profesional, malah turut bermain pada Piala Dunia.


Pembaharuan itu diwartakan bulan ini apabila Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi mengumumkan pembentukan liga bola sepak wanita di mana sebanyak 16 pasukan akan me­nyertai perlawanan di Riyadh, Jeddah dan Damman.


Arab Saudi melaksanakan pemerintahan Islam dan semestinya penglibatan wanita dalam sukan mendapat tentangan sesetengah pihak.


Bagaimanapun, sejak Putera Mahkota Mohammed bin Salman berkuasa pada 2017, sebilangan sekatan terhadap wanita telah ditarik balik menerusi langkah pembaharuannya seperti membolehkan wanita memandu dan menyertai perhimpunan bercampur antara jantina.


Arab Saudi setakat ini me­nubuhkan tiga pusat latihan untuk perempuan berumur 13 tahun hingga 17 tahun di seluruh negara dengan rancangan menambah pusat berkenaan menjadi sembilan menjelang 2025.


Pada minggu ini, warga Jerman, Monika Staab dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Arab Saudi yang diberi jolokan ‘Helang Hijau’.



Sumber: Arab News

9 views0 comments