• Jonathan Shiek

Apple Rancang Untuk Bekerjasama Dengan Hyundai Bagi Keluaran Kereta Apple

Baru-baru ini, syarikat Apple sedang berunding dengan pihak industri automotif dari Korea Selatan iaitu Hyundai Motor Group. Apple rancang untuk bekerjasama dengan pihak Hyundai untuk hasilkan kenderaan elektrik dan juga penghasilan bateri dengan berjumlah kos yang sangat besar bagi pengeluaran teknologi ini.  

Sebelum ini, di gembar-gemburkan bahawa pihak Apple ingin bekerjasama dengan rakan kongsi untuk penghasilan kereta elektrik ini, tapi masih tiada khabar angin mana-mana pihak untuk pengeluaran automotif. Sejak berita ini telah dilaporkan, ‘rundingan’ masih lagi belum dipersetujui, mengikut perancangan pihak Apple sendiri.

Menurut dari Bloomberg, projek tersebut masih dalam peringkat awal dan “tiada tempat yang hampir sama dengan peringkat produksi”, tapi tak dimaksudkan Hyundai. Sekurang-kurangnya penghasilan memakan masa selama lima ke tujuh tahun sebelum pelancaran kereta Apple.

Sumber artikel asal Bloomberg

#apple #hyundai

0 views0 comments