• Jonathan Shiek

Apple Dijangka Bakal Memperkenalkan Airpods Pro Dengan Ketiadaan ‘Ear Tips’

Wah! dah mula jadi tanda tanya para peminat gadget, lagi-lagi buatan produk Apple ini. Pihak Apple tak lama lagi akan memasarkan Apple Airpods Pro ke pasaran dimana ia akan menjadi generasi ketiga daripada siri Apple Airpods.

Berdasarkan gambar yang telah di ura-urakan, Apple AirPods nampaknya tak ada lagi disertakan dengan ear tips. Rekaan case juga dilihat lebih kecil pada generasi terbaru kali ini.

Alleged Leaked Image Claims to Show Third-Generation AirPods and Case https://t.co/04Tj4F03CR by @SamiFathi_ pic.twitter.com/rvHCvoQY4GMacRumors.com (@MacRumors) February 21, 2021

Difahamkan lagi, produk Airpods menawarkan sokongan noise cancelling dan spatial audio seperti model sebelum ini. Walaubagaimanapun, teknologi terbaru pada model ini masih belum lagi didedahkan setakat ini.

Sekiranya korang adalah peminat produk jenama Apple, semestinya korang sanggup tunggu untuk menantikannya. Ia dijangka akan diperkenalkan secara rasmi seawal Mac ini. Apa-apa pun, mari kita menantikan perubahan terbaru yang bakal ditawarkan pada model ini.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments