• shafika9

Apabila Anda Berada Di Malaysia, Tolong ‘Mask Up’ - KJ

Khairy Jamaluddin meminta pelancong wanita itu untuk mematuhi SOP di negara ini

Kredit foto: Kosmo!


Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial kerana seorang pelancong asing yang enggan untuk memakai pelitup muka ketika memasuki salah satu butik terkenal di pusat membeli-beli di ibu kota. Perkara ini, mendapat perhatian dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta supaya sentiasa memakai pelitup muka di mana-mana lokasi awam di Malaysia.


Menerusi dari hantaran terbaru di laman Twitter rasmi beliau, Khairy Jamaluddin meminta setiap individu untuk sentiasa mengenakan pelitup muka tanpa mengira perbezaan arahan di tempat lain.

“Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain,” ciapnya pada sebentar tadi. Melalui maklum balas Khairy Jamaluddin kepada tindakan seorang pelancong asing yang dilihat gagal mengenakan pelitup muka ketika memasuki salah sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota.


Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah terlibat berhubung kejadian itu. Sentiasa beringat kemana sahaja kita pergi, pastikan selalu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan demi menjaga kesihatan kita bersama.


Sumber artikel asal dari Kosmo!



12 views0 comments