• Jonathan Shiek

“Apa Salah Saya Papa..?” Anak Lee Chong Wei Keliru Dengan Bulan Ramadhan

Kini, seluruh umat Islam di dunia sedang menyambut bulan Ramadan, jaguh badminton Negara, Lee Chong Wei berkongsikan cerita mengenai anaknya itu yang keliru kerana dikehendaki makan berjauhan daripada rakan-rakannya ketika waktu rehat di waktu persekolahan.

Perkara itu dikongsikan bapa kepada dua anak itu menerusi sebuah hantaran di Facebooknya, baru-baru ini.



“Papa, I ada soalan nak tanya” ditanya anak saya dalam perjalanan dari sekolah tadi. “Tadi masa waktu rehat, saya… Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Tuesday, April 13, 2021

Menggelar Kingston sebagai Koko, anak kecil itu mempersoalkan mengapa dua sahabat berbangsa Melayu enggan lagi makan bersamanya.

Jaguh badminton itu turut memaklumkan kepada Kingston bahawa jika tiada sikap tolak ansur sesama mereka, rakan-rakan yang lain mungkin tidak mahu berkawan lagi dengan anaknya itu.

Dalam hantaran yang sama, Datuk Lee Chong Wei turut memuat naik fotonya yang segak bergaya memakai baju melayu berona biru lengkap bersampin dengan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di negara ini.

1 view0 comments