• shafika9

Apa Maksud Meow? 4 Cara Simple Untuk Memahami Bahasa Tubuh Kucing

Updated: Sep 20, 2021

Pernah tak korang tertanya-tanya? Apalah yang Si Kucing kesayangan korang maksudkan setiap kali mengiau ke, mengesek badannya di kaki korang, pernah tak ada rasa terfikir di benak pemikiran korang apa maksud disebaliknya? Atau korang sebenarnya sudah cukup mengenali bahasa tubuh kucing peliharaan korang sendiri? Mari saya berikan 4 info yang berguna untuk korang, supaya korang lebih mengetahui dan memahami bahasa tubuh Si Bulus. 

Sumber: Unsplash

1) Tenang 

Bila kucing kesayangan korang terbaring atau merengangkan badan kedepan dengan kuku tersisip kemas dibawahnya itu maknanya dia dalam keadaan tenang. Selain itu, matanya akan lebih mengelip dengan lebih lembut dan pergerakan telinganya yang nampak tenang dari kebiasaannya. Misai Si Bulus juga tak nampak terlalu tegang dan lebih jatuh kebawah menunjukkan dia berasa gembira.


Sumber: Unsplash

2) Marah

Bila korang berhadapan kucing yang sedang dalam kemarahan, seeloknya kita cuba elakkan sebaik mungkin. Berkemungkinan korang akan terkena padah seperti cakaran yang kita tak nak berlaku pada diri kita. Elakkan provokasi pada Si Kucing korang seperti menjerit, menatap mata, atau memarahinya dengan nada tinggi. Ini akan menyebabkan Si Kucing tidak mahu mendekati tuannya. Cara selamat ialah biarkan kucing korang tenangkan diri dahulu sebelum bermain dengan kucing kesayangan korang.


Sumber: Unsplash

3) Takut

Pernah tengok tak reaksi kucing bila dia rasa terkejut mahupun takut? Sebenarnya pada saya, ia agak unik dan kelakar juga pada masa yang sama. Korang tahu tak kucing juga takut pada timun? Berdasarkan teori oleh pakar tingkah laku haiwan Con Slobodchikoff, “kucing mempunyai naluri kuat dan menggangap bentuk timun dan warnanya seperti ular” katanya. Bahkan kucing tidak suka dengan bunyi yang terlalu bising menyebabkan ia cepat terkejut dari manusia sendiri. Macam bunyi vakum korang pun Si Kucing dah terkejut teruk atau lari lintang pukang bukan ?


4) Gembira

Kucing bila dia nampak gembira memang senang nak tahu kan ? Kalau kucing korang mengesek kaki korang ke , atau baring dan pusing badan dekat lantai ke ?. Itu namanya Si Kucing korang nak perhatian dari korang sendiri. Kadang-kadang dia nak tunjukkan lagi kegembiraannya pada kita, Si Bulus akan mengurut di badan tuannya untuk memberi tahu dia dalam Mood gembira lah tu! 

#comel #Kucing #sibulus

3 views0 comments