• Jonathan Shiek

Anwar Ibrahim Tak Melatah ‘Diparodikan’ Oleh Danial Zaini

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen apabila beliau dengan sportingnya memuji persembahan peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) Danial Zaini yang meniru gayanya dalam program tersebut pada  Jumaat lalu.

Menerusi laman sosial Twitter, Anwar retweet hantaran seorang pengguna yang berkongsi babak Danial menjadi Anwar Ibrahim sambil memuji usaha pelawak tersebut.

Salute! Kita yang faham seni harus meraikan 😉😁 https://t.co/cKoloTSM19 — Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 26, 2021

Menerusi perkongsian video berdurasi dua minit itu, kumpulan Heart yang terdiri daripada Ezad Lazim, Azmi Saat dan Danial mempersembahkan skesta perebutan jawatan ketua kampung.

Memang tak kering gusi beb!

0 views0 comments