• shafika9

Anugerah SBS Entertainment Mencuri Tumpuan Penonton Sebab Kawalan SOP Yang Ketat

Updated: Sep 29, 2021

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial Twitter kerana keunikkan dari syarikat produksi Seoul Broadcasting System (SBS) menganjurkan anugerah tahunan yang dikenali sebagai Entertainment Awards Show.  Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih lagi berleluasa, hanya beberapa selebriti yang memang terlibat dalam anugerah tersebut sahaja dibenarkan hadir.

Hal demikian, adalah disebabkan prosedur syarikat produksi mengikut SOP yang sangat ketat bertujuan untuk mengelakkan virus tersebut menjangkiti mereka semasa di majlis berkenaan. Majlis anugerah tersebut tiada kedatangan penonton, akan tetapi beberapa langkah diambil oleh syarikat berkenaan. 

Seperti kesemua selebriti yang hadir ke majlis akan memakai pelitup muka yang direka khas, dimana ia memaparkan wajah selebriti tersebut yang dicetak mengikut muka masing-masing. Inisiatif SBS ini ternyata mencuit hati para penonton kerana pelitup muka tersebut kena dengan raut wajah selebriti masing-masing. 

2020 sbs entertainment awards : running man pic.twitter.com/S1LGA1p5zP — ari ✨ (@sjhxkjk) December 19, 2020
sbs entertainment awards out of context pic.twitter.com/F54MSCoQLq — asyifa☁️ (@flowingcherish_) December 19, 2020
Sbs entertainment awards 2020 hddhhs what is this pic.twitter.com/GfjKNw5sDM — sad cloud (@harunocloud) December 19, 2020

Seorang petugas khas dengan pemberian trofi juga sangat mengikut prosedur SOP. Proses pemberian trofi tersebut harus di sanitasi terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pemenang. 

y'all see how 2020 sbs entertainment awards give the trophies to winners. social distancing at its best 😂 pic.twitter.com/4yhsdSYVJ3 — han; semi ia (@_JH4N) December 19, 2020

Kreativiti yang ditampilkan oleh pihak SBS ini seharusnya diberikan pujian mahupun pengawalan ketat dari segi pengendalian SOP yang baik. Tahniah! Buat TV produksi mengambil langkah yang baik buat para selebriti mereka.

Adakah TV produksi di Malaysia akan berbuat perkara yang sama juga? Dengan pelitup muka yang unik mengikut muka selebriti masing-masing? Harap ada yang macam itu nanti. Berikan pandangan korang tentang perkara ini diruangan komen dibawah tau.

Sumber artikel asal The Vocket

1 view0 comments