• shafika9

Antara 6 K-Drama Yang Wajib Korang Patut Layan Sepanjang Tahun 2020 Ini

Updated: Sep 24, 2021

Cepat je kan masa berlalu pergi, tinggal beberapa minggu saja dah nak masuk ke tahun 2021.

Senarai drama yang saya berikan ini berdasarkan persepsi dan pandangan yang saya pilih saja, melalui apa yang saya dah tonton sepanjang tahun ini. Saya juga akan memberikan peratus mengikut pandangan saya terhadap drama tersebut. Tak kesemua K-drama saya terlayan pun, jadi mana yang mampu saja, saya akan share kan pada korang. 

Baiklah, tak nak melengahkan masa sangat jom saya kupaskan 6 K-drama yang saya rasa terbaik untuk sepanjang tahun ini.

6) The King: Eternal Monarch – 84%

Sumber: AsianWiki

Berkisahkan dua dunia dimensi yang berbeza, dunia yang dipimpin oleh maharaja dari kerajaan Corea sebagai pemerintah. Manakala, pada dunia realiti di Korea Selatan dipimpin oleh presiden. Pada saya jalan cerita ini agak rumit dan sukar difahami sekurang-kurangya korang kena layan drama ini dua kali baru boleh faham keseluruhan cerita ini. Agak complicated kan? Drama ini dibintangi oleh Lee Min Ho dan Kim Go Eun. Try tengok tau! kalau korang betul-betul minat genre drama-fantasy. Sangat recommend for this drama to watch!

5) It’s Ok To Not Be Okay – 89%

Sumber: NERD Daily

Drama ini pada pendapat saya agak slow sedikit, tapi kalau korang jenis layan genre yang romantik-drama ia memang sesuai dengan citarasa korang.  Mengisahkan Moon Gang Tae (Kim Soo Hyun) bekerja sebagai kesihatan wad psikiatri yang tak kisah dengan hal cinta, manakala Ko Moon Youn (Seo Ye Ji) seorang pengarang buku kanak-kanak tapi mempunyai masalah memahami emosi sendiri. Bagaimana kisah cinta mereka akan menyatukan kedua-duanya? nak tahu selanjutnya kena layan drama ini dahulu. 

4) Backstreet Rookie – 93%

Sumber: SOOMPI

Drama ini berdasarkan dari Webtoon Convenience Store Saet-byul. Cerita ini sesuai untuk korang nak rasa komedi yang non-stop memang tak kering gusi lah kalau tonton drama ini. Mengisahkan kisah cinta 24 jam yang tak diramalkan, apabila Choi Dae Hyun dilakonkan oleh Ji Chang Wook mengusahakan kedai serbaneka dan mencari pekerja sambilan. Saet-byul dilakonkan oleh Kim Yoo Jung memohon pekerjaan di kedai serbaneka tersebut dan bekerja di situ. Bagaimana selanjutnya tentang cinta mereka? Korang kena layan cerita ini baru tahu kisah seterusnya.

3) Record Of Youth – 95%

Sumber: NME

Drama ini mengisahkan tiga orang anak muda terlibat dalam dunia fesyen industri. Mereka bertiga berusaha untuk mencapai impian dan cinta tanpa ada rasa putus asa. Berkisahkan Sa Hye Joon dilakonkan oleh Park Bo Gum sebagai seorang model dan ingin menjadi seorang pelakon yang berjaya. Manakala, Ahn Jung Ha dilakonkan oleh (Park So Dam) sebagai jurumekap yang sangat meminati Sa Hye Joon. Pada saya, cerita ini mudah diikuti dan senang difahami dari segi plot ceritanya, so recommend juga untuk korang try layan.

2) The World of Married – 98%

Sumber:K!

Korang tahu tak drama ini mendapat rating tertinggi dalam sejarah televisyen kabel di korea? Kenapa ia begitu popular sekali ye? Salah satu sebab drama ini mendapat positif dari pengkritik lakon layar yang hebat, pelakon yang pandai membawa watak diberikan dengan baik dan emosi yang tinggi, juga pengarah yang berpengalaman dalam bidang perfileman. 

Mengisahkan pasangan suami isteri yang pengkhianatan antara satu sama lain dengan membawa perasaan dendam, benci, duka dan juga penyembuhan. Dibintangi oleh pelakon veteran di Korea Selatan iaitu  Kim Hee Ae dan Park Hae Joon. Dengar cerita berkemungkinan drama ini akan ada musim kedua tak lama lagi. Korang excited tak nak layan lagi drama ini?

1) Start-Up – 100%

Sumber: Kpopmap

Drama ini saya pernah kupaskan sebelum ini, korang boleh klik disini untuk baca artikel selanjutnya. Drama ini serius tak rumit pada saya untuk memahami, berkemungkinan konsep drama ini kena dengan jiwa dan naluri saya.

Berkisahkan seorang wanita yang mempunyai impian yang tinggi, kerana ingin menjadi usahawan seperti Steve Job, dan menyimpan perasaan suka pada seseorang iaitu cinta pertamanya. Tetapi, lelaki berkenaan terpaksa berpura-pura menjadi cinta pertamanya. Jadi bagaimana kesudahan cinta mereka berdua?. Drama ini dibintangi oleh Bae Suzy dan Nam Ji Hyuk sebagai watak utama, siapa yang tak suka tengok chemistry antara kedua watak ini betul tak?. Layan tau! jangan tak layan.

So, macam mana korang? adakah korang dah tengok ke kesemua K-drama yang saya senaraikan di atas ini? jadi apa favourite K-drama korang pada tahun ini? Sila berikan pendapat dan pandangan korang diruangan komen di bawah OK.

#kdrama

0 views0 comments