• shafika9

Antara 5 Sebab Kenapa Korang Perlu Tonton K-Drama “Start-Up” ?

Updated: Sep 20, 2021

Korang pernah dengar cerita terbaru dibawah terbitan Netflix “Start- Up” tak ? Kalau korang pernah dengar atau pun masih belum menonton lagi cerita ini, saya sarankan inilah cerita K-Drama yang korang patut layan pada penghujung tahun 2020. Lagi-lagi pula PKPB masih berlanjutan sehingga 6 Disember ini. Jadi inilah masa  sesuai pada korang yang mungkin tengah “Pishang” atau tak tahu nak buat apa, tontonlah drama ini bagi membina semangat baru pada diri korang !

Jom saya kupaskan 5 sebab korang patut layan drama “Start – Up”.

Sumber: CNN Indonesia

1. Rating yang Meningkat

Korang tahu tak drama ini menjadi bahan perbualan golongan anak muda sekarang ? kerana jalan cerita yang tak terlalu cliche dan mudah diikuti. Drama ini juga mendapat rating yang paling tinggi pada pertengahan bulan Oktober sehingga November ini. Walaupun cerita ini ada berbaki 2 episod lagi sebelum tamat pada 6 Disember ini nanti. Cepat je masa berlalu kan ! Dah nak habis dah cerita ini.


Sumber: SOOMPI

2. Hero & Heroin Dibintangi oleh Suzy & Nam Ji Hyuk

Siapa tak kenal Bae Suzy dan Nam Ji Hyuk antara bintang yang semakin kian hangat di kaca televisyen dan di media sosial. Suzy adalah bekas kumpulan Miss A dibawah naungan JYP Entertainment sebelum ini, dan kini giat dalam bidang seni lakonan. Manakala, Nam Ji Hyuk adalah seorang model dibawah naungan YGKPlus. Bila lihat je diorang ini terus rasa macam ada chemistry yang sesuai dalam drama ini. Comel je kan diorang ini !


Sumber: Pinterest

3. Pengarah Drama yang Hebat & Berpengalaman dalam Perfileman

Drama “Start-Up” ini diarahkan oleh pengarah terkenal Oh Choong Hwan yang pernah mengarahkan beberapa drama letup ketika dahulu. Antara cerita-cerita yang lain yang pernah diarahkan oleh Oh Choong Hwan ialah My Love From The Star (2013-2014), Doctor (2016), While You Were Sleeping (2017). Pastikan senarai drama ini ada dalam bucket list korang taw !


Sumber: Victoria Lestari

4. Berani Mencuba Tanpa Pedulikan Risiko yang Dihadapi

Drama ini mengetengahkan minat dan cabaran yang orang muda suka buat pada masa sekarang, iaitu memulakan perniagaan yang baru. Membina sebuah perniagaan tanpa memikirkan risiko apa yang akan dihadapi masa hadapan, inilah yang terjadi dalam drama “Start-Up”. Kalau korang rasa berani dengan cabaran baru, maka saya sarankan cerita ini sesuai dengan citarasa korang.


Sumber: LifeStyle

5. Hero Kedua yang Romantis Dibintangi oleh Kim Seon Ho 

Pada korang yang mungkin kurang kenal dengan pelakon kacak ini, Kim Seon Ho melonjak naik nama sejak berlakon dalam drama ini. Menjadi buah mulut netizen yang menonton drama ini tak kira di Korea Selatan sendiri mahupun di luar negara. Walaupun Kim Seon Ho hanya memegang sebagai watak sampingan sahaja, tapi impaknya sangat tinggi kerana karakter yang dipegang sangat berkarisma dan lebih menonjol dari watak utama lelaki.

Ini trailer bagi K-drama “Start-Up” korang, Jangan lupa tonton taw!




#kdrama #business #startup #Suzy #Namjihyuk

1 view0 comments