• Jonathan Shiek

Anita Sarawak Kini Menikmati Kehidupan Normal

Siapa yang tidak kenal dengan pelantun lagu ‘Seksis’ dan ‘Akhirnya Kini Pasti’ kan?

Anita Sarawak antara penyanyi yang paling menghiburkan suatu ketika dahulu, kelincahannya ketika membuat persembahan memang tiada tolak bandingnya.

Bagimanapun, sudah hampir sedekad, artis tersohor kelahiran Singapura yang menempah kemasyhuran di Malaysia selain pernah berhijrah ke Las Vegas, Amerika Syarikat pergi ‘membawa diri’ tanpa dapat dikesan oleh media.

Bukan sekali wartawan hiburan cuba menjejaki Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah, namun, tidak ada sebarang petunjuk di mana kedudukan mereka.

Namun begitu, sebaris jawapan yang ditulis oleh Mahathir kepada mesej yang dikirim wartawan hiburan, Shuib Taib di akaun Instagramnya menjawab segala tanda tanya ramai.

“Thank you so very much Shuib. We miss you,” demikian jawapan yang ditulis Mahathir sebagai membalas kiriman ucapan hari lahir daripada Shuib buatnya dan kegembiraan dan keterujaan Shuib menerima jawapan tersebut dikongsi beliau di akaun Instagramnnya.

Sekalipun hanya pendek jawapan itu, namun mesej yang dibalas Mahathir juga memberi kelegaan kepada Shuib yang sememangnya akrab dengan pasangan itu.

“Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal,” kata Shuib berkongsi cerita dengan Astro AWANI tanpa memaklumkan di mana pasangan itu kini menetap.

Harapnya Kak Nita sentiasa bahagia dimana pun beliau berada.

0 views0 comments