• Jonathan Shiek

Anime ‘My Neighbour Totoro’ Dipaparkan dalam Koleksi LeSportsac Yang Pertama

Syarikat Jepun Benelic , yang mengoperasikan kedai barangan cenderamata Studio Ghibli iaitu Donguri Kyowakoku, hari ini mengumumkan kolaborasi pertama mereka dengan jenama beg terkenal New York LeSportsac,menampilkan Totoro dari filem anime 1988 My Neighbor Totoro.




Koleksi My Neighbor Totoro ini memaparkan 22 jenis beg dan dompet yang berbeza, semuanya berdasarkan tema “It was a dream, but it wasn’t a dream!” yang sangat sesuai dengan adegan pertemuan Totoro seperti mimpi dari filem ini.

Rangkaian ini terdiri dari tiga reka bentuk yang mengundang kita untuk melihat dari sudut pandang Satsuki dan Mei, dua gadis dari filem itu, dan mengingatkan kita bahawa “apabila dilihat melalui mata anak-anak, banyak yang bakal ditemui“.

Mari kita lihat beberapa gambar dari rangkaian baru ini!

Totoro botanical Deluxe Everyday Bag (17,500 yen [US$163.77])


1 view0 comments