• Syaziyah Md Sharif

Angka Kematian Kes Covid-19 Seluruh Dunia Cecah 1.64 Juta

Updated: Sep 24, 2021

Berdasarkan data Johns Hopkins University, kes kematian Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 1.64 juta.

Amerika Syarikat mencatatkan kes kematian paling tinggi dengan lebih 306,000 kes. Sementara itu Brazil, India dan Mexico mencatatkan kematian lebih 100,000 kes.

Itali, United Kingdom, Perancis dan Iran semua merekodkan kes kematian melebihi 50,000.

Bagi Sepanyol, Rusia, Argentina, Colombia dan Peru, kelima-lima negara ini merekodkan jumlah kematian 30,000 ke 50,000.

Tiga negara catat angka korban melebihi 20,000 iaitu Afrika Selatan, Poland dan Jerman.

Indonesia, Belgium, Turki, Chile dan Ukraine antara negara yang merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Sumber: Astro AWANI

0 views0 comments