• Syaziyah Md Sharif

Anggota PDRM Pukul GF Dia Dengan Batang Besi Angkara Cemburu

Updated: Sep 21, 2021

Gara-gara cemburu, seorang anggota polis tergamak menyerang teman wanitanya dengan batang besi di pangsapuri wanita terbabit di Bandar Puchong Jaya semalam.

Terdahulu, lelaki berusia 34 tahun itu dakwa teman wanitanya curang dan datang ke pangsapuri mangsa dan memaksanya turun untuk bertemu namun wanita terbabit tidak mahu.

Suspek kemudiannya merosakkan tiga kereta iaitu Honda Civic, Proton Satria Neo dan Perodua milik mangsa.

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine. Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

0 views0 comments