• Syaziyah Md Sharif

Anggota Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Terjun Menara KL

Lelaki warga tempatan itu sedang duduk di Sky Deck ketika ditemui

Kredit Foto: BOMBA KL

Ketangkasan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai cuba membunuh diri di bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur semalam.


Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 5.11 petang.


“Seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu telah dikerah ke lokasi kejadian.


“Setibanya dilokasi, lelaki berusia 21 tahun tersebut telah berdiri di hujung bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 300 meter dipercayai cuba membunuh diri,” katanya di sini hari ini.


Mengulas lanjut, mangsa bagaimanapun berjaya ditangkap dari arah belakang dan diselamatkan kira-kira pukul pukul 6.38 petang.


“Mangsa telah di bawa ke tempat yang selamat sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya




Sumber: Kosmo!

9 views0 comments