• Syaziyah Md Sharif

Andy Lau Tidak Makan Nasi Sejak 10 Tahun Lalu, Tips Kekal Awet Muda

Korang berani nak cuba?

Walaupun sudah berusia 59 tahun, pelakon terkenal Andy Lau masih kelihatan muda dan mempunyai fizikal yang berketerampilan.


Pengorbanan itu didedahkan pengarah yang juga sahabat baik kepada Andy Lau iaitu Wong Jin ketika dia menjadi tetamu dalam sebuah program hiburan tempatan negara itu, Hi Director.


Menurut Wong, Andy dilaporkan tidak pernah menyentuh nasi selama 10 tahun bagi mengekalkan penampilannya agar sentiasa cergas dan berada dalam keadaan baik.


Dia tidak pernah menyentuh nasi putih selama 10 tahun. Kehidupannya itu seperti bukan untuk manusia.


Wong memaklumkan mengenai rahsia terbesar Andy itu ketika hos program tersebut menyentuh tentang topik kepentingan menjaga kesihatan.


“Dia berkeras untuk tidak makan nasi selama 10 tahun hanya untuk memastikan kesihatan dan penampilan dirinya berada dalam keadaan terbaik.” ujar Wong Jin lagi.


Fuh, korang nak cuba tak?

9 views0 comments