Syaziyah Md Sharif
Anda Boleh 'Meluahkan' Perasaan Dengan Harga RM1 Di Shopee
Macam-macam ya boleh di beli di Shopee

Seorang penjual dalam talian di Shopee dengan nama kedai xxbabynetfx, telah tular di media sosial baru-baru ini kerana menjual perkhidmatannya 'meminjamkan bahu' untuk anda menangis!
Dia telah memasang iklan di aplikasi beli-belah dalam talian sebagai "Telinga untuk dipinjamkan" dengan harga RM1 sahaja! Dia menerangkan perkhidmatan itu dalam bahagian butiran produk,
"Adakah anda ingin meluahkan semua yang anda simpan di dalam untuk sekian lama? Sembang saja dengan saya, saya akan berikan perhatian yang sepatutnya. Kami mengambil berat tentang kesihatan mental anda.”
Ramai yang telah menggunakan khidmatnya dan mereka memberikan respon yang sangat baik!
Ramai juga 'seller' lain yang menawarkan khidmat tersebut, jadi anda tidak lagi kesunyian!
Sumber: Hype.my