• Syaziyah Md Sharif

Anak Shah Rukh Khan Ditahan Dalam Serbuan Dadah

Dia ditahan ketika dalam kapal persiaran daripada Mumbai

Kredit Foto: The Hindu, TimesNow

Anak lelaki pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan, Aryan serta tiga yang lain ditangkap oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) pada 3 Oktober petang setelah beberapa jam disoal siasat berikutan serbuan dadah di kapal pesiaran di Mumbai.


Lima yang lain juga ditahan untuk disoal siasat.


Selepas penangkapan mereka, Aryan Khan, Arbaaz dan Munmum Dhamecha dibawa untuk ujian perubatan di Sir J.J. Hospital dan kemudian dibawa kembali ke pejabat NCB. Mereka disiasat di bawah Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik.


Ketiga-tiga mereka dihadapkan ke mahkamah pada 3 Oktober malam, dan mereka direman dalam tahanan NCB hingga 4 Oktober. Seorang Pegawai NCB yang enggan dikenali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai dakwaan parti dadah dan menghantar pegawai polis menyamar sebagai penumpang kapal yang berlepas pada malam Sabtu itu.


Bagaimanapun, kapal itu dibenarkan meneruskan perjalanan selepas lapan suspek dibawa ke darat.




Sumber: Harian Metro, The Hindu

6 views0 comments