• Jonathan Shiek

Anak Patung Pikachu Berbentuk Lipan Boleh Didapati Di AliExpress

Pelbagai jenis anak patung yang mudah didapati hanya di talian pada masa kini. Sekarang, terdapat juga lipan Pikachan yang pastinya ia akan curi perhatian korang. Anak patung Pikachu yang bentuk seperti lipan ini akan memberikan ‘vibes’ yang selesa dan seram pada masa yang sama kepada pengguna. 

Sumber: SoraNews24

Pengeluaran anak patung Pikachu digelarkan Pikacentipede dijual pada empat jenis bentuk saiz melalui pembelian atas talian AliExpress. Harga yang dijual berbeza mengikut jenis saiz yang korang ambil. Harga anak patung tersebut dianggarkan lingkungan harga 2,205 yen – 9,455 yen bersamaan RM 86 – RM 369 sebuah.

Yang paling pendek sekali berukuran 85 cm panjang. Manakala, yang paling panjang berukuran 1.7 meter. Walaupun, anak patung ini nampak panjang tapi sangat kelihatan comel.

Sumber: SoraNews24

Sekiranya, korang nak beli Pikacentipede ini, korang boleh beli di AliExpress dengan klik disini. Kalau korang tak menjumpai keyword Pikacentipede, korang juga boleh taip keywords “very long Pikachu” pastinya carian tersebut akan keluar.

Apa pendapat korang tentang anak patung terbaru lipan Pikachu ini? Comel atau rasa ngeri? Pastikan komen pendapat korang dibawah ini. 

1 view0 comments