• shafika9

Anak Pasang Kunci Basikal Pada Leher Ibu, Gagal Dibuka Sebab Terlupa Nombor Kod

Kenapalah pasang kunci basikal dekat leher ibu ? pelik anak-anak sekarang

Kredit foto: Utusan Malaysia


Seorang wanita yang terpaksa pergi ke balai polis untuk meminta bantuan bagi membuka kunci basikal pada lehernya. Kejadian tersebut yang berlaku pada 7 Oktober lalu, apabila anak lelaki wanita tersebut yang masih lagi berusia empat tahun didakwa memasang kunci tersebut pada leher ibunya.


Kemudian, kunci basikal tersebut tidak dapat dibuka kerana kanak-kanak itu terlupa nombor kodnya. “Pada masa itu, saya sedang membersihkan tandas secara tiba-tiba anak saya memasukkan kunci basikal ke leher saya. Pada mulanya saya berasa ia lucu dan cuba untuk membukanya, namun ia gagal. Saya tahu kod basikal tersebut, tapi masih tak dapat dibuka kerana anak sudah menukarnya. Selain itu, anak saya tidak ingat nombor apa yang dimasukkan,” katanya.


Wanita itu, tiada pilihan lain selain pergi ke balai polis untuk mendapatkan bantuan. Setibanya di balai polis, anggota bertugas juga tidak dapat membuka kunci tersebut dan mereka menghubungi bomba. Tidak lama kemudian, kunci itu dapat dibuka dan wanita tersebut menzahirkan rasa lega teramat sangat. Terdapat sebuah video yang berdurasi seminit lebih yang memaparkan wanita itu bersama pihak polis termasuk pihak bomba sedang cuba untuk menanggalkan kunci basikal tersebut dari lehernya.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

14 views0 comments