• Jonathan Shiek

Anak Malaysia Rangkul ‘Top In The World’ Dalam Subjek Kimia IGCSE

Cheryl Chow Shu Wei, 17 tahun dari Beaconhouse Sri Inai International School, Petaling Jaya sekali lagi meletakkan Malaysia di peta akademik global setelah dinobatkan sebagai ‘Top in the World’ untuk mata pelajaran Kimia.

Cheryl mengalahkan hampir 1 juta pelajar lain dari seluruh dunia untuk memperoleh anugerah berprestij ini dari Cambridge Assessment International Education pada Outstanding Cambridge Learner Awards baru-baru ini.

Cheryl memperoleh markah standard tertinggi di dunia untuk peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) untuk mata pelajaran Kimia.

Mengulas pengiktirafan itu, Cheryl berkata, “Saya sangat gembira menerima pengiktirafan global yang berprestij ini dan mengetahui bahawa saya telah dinobatkan sebagai yang terbaik dalam mata pelajaran Kimia di seluruh dunia, ia adalah sesuatu yang tidak pernah saya impikan! ”

“Tahun lalu ini sangat sukar dengan pandemik dan belajar dari rumah. Jadi, saya lebih bangga dengan pencapaian saya. Sudah tentu, semua ini tidak mungkin berlaku tanpa bantuan ibu bapa, guru dan rakan sebaya saya yang memberi motivasi dan dorongan kepada saya untuk tidak pernah berputus asa dan selalu berusaha yang terbaik,” tambahnya.

Selain itu, Cheryl juga pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik pada acara Mangahigh East Asia Maths Challenge 2019

Beliau mengatasi 14,240 pelajar dari Jepun, Korea Selatan, Singapura dan negara-negara Asia Timur.

Beliau juga pernah merangkul pingat emas dalam acara Kangaroo Math Competition peringkat kebangsaan dan pertandingan di University of St Andrews Competition pada tahun 2019.

Bagi dua tahun berturut antara 2019 hingga 2020, Cheryl turut dianugerahkan pingat emas di dalam Queen’s Commonwealth Essay Competition.

Wow hebat betul lah!

Sumber: School Advisor 

4 views0 comments