• Jonathan Shiek

Anak Malaysia Mencipta Sejarah Dan Bertugas Sebagai Jurutera Di Tesla

Bekerja di syarikat Tesla adalah impian buat semua orang, apatah lagi anak kelahiran Malaysia ini membanggakan nama negara dengan bekerja di syarikat terkemuka dunia sebagai seorang jurutera. Bukan senang ya nak dapat bekerja di bawah syarikat naungan Elon Musk ini, semestinya seseorang itu kena bijak dan kreatif untuk dapat bekerja di sini.

Wanita ini diberi nama Fakhirah Khairuddin, merupakan lepasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra (Ulul Albab) Terengganu, menjadi bualan orang ramai apabila beliau berjaya menempah nama dalam meneruskan karier hidupnya di Tesla, syarikat pembuatan kereta elektrik terkenal dunia.

Beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang kejuruteraan, mekanikal dan robotik sejak tahun 2016 lagi, beliau berjaya memegang jawatan sebagai salah seorang Pengajar Latihan Teknikal Robotik Tesla. 

Pelajar MRSM Ulul Albab berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA. Tahniah FAKHIRAH KHAIRUDDIN atas kejayaan anda dan menjadi produk kebanggaan buat MRSM !https://t.co/TzaDr0GyWA#mara #mrsm #amanahrakyat #kplb #luarbandarsejahtera pic.twitter.com/i8BZqvUkBn — Majlis Amanah Rakyat (@maragov) August 6, 2021

Fakhirah yang telah mula bertugas di Tesla pada bulan Julai lalu perlua mengajar jurutera dan juruteknik syarikat tersebut bagaimana mengendalikan dua jenis robot mekanikal, FANUC dan KUKA yang biasa diguna pakai di bahagian barisan pengeluaran automotif.

Perkara paling penting yang perlu dijaga oleh Fakhirah ialah teknikal robotik dimana beliau dikehendaki ajar cara pengendalian ‘End of arm tooling (EOAT) ‘Programmable Logic Controller’ (PLC) dan advanced programming yang dapat melancarkan pembuatan kereta Tesla melalui penggunaan kedua-dua jenis robot serba canggih.  


Kerana minat Fakhirah yang mendalam dan serta pengalamannya yang sangat luas terhadap bidang yang diceburi telah membuatkan pihak Tesla memilih dirinya menjadi tenaga pengajar robotik di syarikat tersebut. Kita berharap semoga lebih ramai lagi anak muda Malaysia juga menjadi seorang yang berinspirasi dan berkhidmat untuk negara walaupun bekerja di luar negara. 

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments