• Jonathan Shiek

Anak Kelahiran Pulau Pinang Kagumkan Juri Dalam ‘Best Leftovers Ever’!

Rancangan realiti masakan, Best Leftovers Ever yang ditayangkan pada 30 Disember di Netflix, menampilkan seorang peserta kelahiran Malaysia, Santhi Muniandy-Deisch.

Rancangan siri memperlihatkan peserta masak menggunakan makanan lebihan (leftovers) dan menjadikan ia sesuatu hidangan yang hebat!

Anak kelahiran Pulau Pinang ini, menggelar dirinya “the fairy godmother of leftover food”.

Kemunculannya pada episod ketiga menjadikannya juara untuk episod itu!

Beliau juga mengatakan, “membesar di Malaysia, saya terdedah kepada banyak rasa yang pelbagai dan berempah. Saya menggunakannya sebagai inspirasi ketika saya berada di dapur saya sendiri,” yang kini berpusat di Minneapolis, Minnesota.

Tahniah Santhi!

#bestleftoversever #netflix

1 view0 comments