• Syaziyah Md Sharif

Anak Hadiahkan Ayah Jam Tangan Mewah, Netizen Turut Terharu

"Ini memang cita-cita Abah.."



Seorang anak yang menghadiahkan seutas jam tangan mewah kepada bapanya sehingga membuatkan warga emas itu menangis kegembiraan menarik perhatian ramai di media sosial.


Berdasarkan sebuah rakaman klip video berdurasi 47 saat yang dikongsikan lelaki itu menerusi aplikasi TikTok, dia dilihat telah menghadiahkan jam tersebut kepada bapanya dan bapanya melahirkan rasa terima kasih sehingga menitiskan air mata.






Setakat ini, video itu telah mencapai lebih 2 juta tontonan dan lebih 19K komen.


Rata-rata netizen mendoakan serta menyatakan rasa terharu selepas menonton video tersebut,


“Menangis saya, memang tidak boleh tengok video yang melibatkan orang tua. Semoga pakcik sentiasa diberikan kesihatan yang baik,” kata @Yattahmad23


“Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan buat abah. Saya tengok reaksi mukanya buat saya terikut hendak nangis. Teringat terus ayah yang berada di kampung,” ujar @de_nrz.watty.



12 views0 comments