• Jonathan Shiek

Anak Buat Laporan Polis Setelah Bapanya ‘Merampas’ Telefon Pintarnya

Media China baru-baru ini melaporkan kes seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang mengejutkan polis ketika dia menuduh bapanya menjadikannya “buruh paksa”, kerana dia dipaksa melakukan pekerjaan di sekitar rumah.

Oddity Central melaporkan insiden pelik itu berlaku di Ma’anshan dekat wilayah Anhui.

Konflik tercetus apabila bapa remaja berkenaan tidak senang melihat anaknya leka bermain telefon bimbit sehingga mengabaikan kerja rumah dan pelajaran .

Berikutan itu, bapa remaja itu tekad memberi pengajaran supaya anaknya merasai kesusahan dengan memintanya menyimpan telefon bimbit dan melakukan kerja rumah.

Berang dengan bapanya, remaja yang dilaporkan ketagih bermain telefon bimbit itu keluar dari rumah ketika ayahnya tidak sedar dan terus ke balai polis dan membuat laporan polis dengan menuduh bapanya menjadikannya “buruh paksa”.

Pegawai bertugas tidak memahami apa yang berlaku dan menemani remaja berkenaan pulang ke rumah untuk mengetahui perkara sebenar.

Pegawai itu kemudiannya memberitahu bapa remaja lelaki itu mengenai laporan berkenaan.

Bapa remaja lelaki itu terkejut dan terus menjelaskan apa yang terjadi dan memaklumkan dia hanya mengambil telefon bimbit anak lelakinya sementara meminta remaja itu melakukan kerja rumah.

Sumber: Oddity Central

0 views0 comments