• Jonathan Shiek

Anak Babi Hutan Sesat Dalam Tren

Kejadian yang berlaku di Hong Kong apabila seekor anak khinzir tersesat dari habitatnya dan menaiki pengangkutan awam itu di Hong Kong, hingga videonya menjadi tular di laman sosial. Dipercayai berlaku dalam sekitar 3.55 petang pada Jumaat lalu. Anak babi hutan berkenaan sesat menceroboh stesen Quarry Bay di Hong Kong dan memasuki gerabak tren terbabit.

Rakaman video yang berdurasi 27 saat menunjukkan beberapa kakitangan cuba menangkap haiwan  berkenaan di dalam dan di luar gerabak dengan menggunakan kanvas dan jaring. Bagaimanapun kerja-kerja menyelamat itu gagal sehingga anak babi hutan tersebut lari memasuki tren kedua menuju ke Pelabuhan Victoria.




Pegawai Jabatan Perhilitan, Tsueng Kwan O berkata, tren berkenaan terpaksa dihentikan di sebuah depot bagi membolehkan anggotanya menangkap haiwan tersebut. Tiada kecederaan turut dilaporkan dan pihak berkuasa berjaya menangkap haiwan sebelum menghantar kembali ke habitat asal.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments