• Jonathan Shiek

Amy Search Sempat ‘Belanja’ Lagu Ketika Dicucuk Vaksin

Program vaksinasi di Malaysia telah bermula sejak bulan Februari lalu. Ramai rakyat termasuklah golongan selebriti telah selamat menerima suntikan vaksin bagi mengurangkan risiko virus COVID-19.

Baru-baru ini, pelakon terkenal Nabila Huda berkongsi video memaparkan ayahnya Amy Search yang juga merupakan penyanyi rock lagenda Malaysia sedang menjalani prosedur suntikan vaksin.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai ketika menonton video itu adalah gelagat pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman yang dilihat begitu tenang sewaktu petugas kesihatan menyuntik lengannya.

Bukan itu sahaja tau, bekas vokalis kumpulan Search itu juga sempat ‘belanja’ sebuah lagu nyanyiannya berjudul Fantasia Bulan Madu sewaktu jarum sudah dicucuk pada lengannya.


View this post on Instagram

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Wah, untung jururawat tu semua dapat dengan lejen menyanyi live!

0 views0 comments