• shafika9

“Among Us” Game Yang Paling Kerap Dimainkan Pada Musim Covid

Updated: Sep 21, 2021

Kalau korang lebihkan masa untuk Twitter atau selalu lepak dengan budak-budak bawah umur 30-an, korang mungkin sudah terbiasa tengok kartun seakan Teletubby yang berpakaian seperti di ruang angkasa berwarna-warni.

Apa sebenarnya game ini ? Kenapa ia sangat popular secara tiba-tiba ? Apa kaitan dengan Perwakilan AS Alexandria Ocasio-Cortez ( mungkin lebih dikenali sebagai AOC) dengan semua ini?

Jangan risau, kami dapat semua cara mudah yang korang perlu tahu tentang “Among Us” ini.

Apa itu Among Us

Among Us adalah permainan online multiplayer dimana ia boleh bermain secara beramai-ramai. Game ini dicipta oleh pemaju InnerSloth, serupa dengan game macam Mafia atau Werewolf. Korang juga boleh bermain hampir 4 ke 10 orang serentak secara talian bersama rakan-rakan korang atau pun dengan orang yang tak dikenali.


Sumber: The New York Times

Bagaimana Cara Main game ini ?

Dalam game ini, korang bermain di kapal angkasa, dan cuba berusaha untuk menjaga kapal korang bersama-sama untuk kembali ke bumi. Tetapi salah seorang anak kapal telah digantikan oleh makhluk asing yang ingin membunuh kru-kru kapal angkasa yang lain.

Masalahnya, dengan cara penyamaran, sabotaj kapal angkasa, menyelinap melalui lubang bolong, menipu sesama pemain dan cuba untuk menjebak kru-kru lain. Semuanya dalam usaha untuk tak dikesan dan kena dibunuh kesemua kru dalam kapal angkasa. 

Sementara itu, bagi kru yang belum jadi makhluk asing, mereka kena lakukan tugas untuk membaiki kapal angkasa, dan tak boleh bercakap kecuali ada kematian dilaporkan. Kemudian, kru yang masih hidup dan dapat bercakap melalui chat perlu memikirkan siapa yang menyamar di dalam kalangan kru. Mereka kena membuat tekaan yang betul untuk undi siapa yang perlu dikeluarkan dari kapal angkasa, siapa dapat meneka dengan betul akan dikira pemenang. 

Tapi sekiranya kumpulan itu secara tak sengaja memilih dari anggota kru, semua orang akan kembali menjaga kapal angkasa sehingga mayat lain dijumpai, dan mereka harus mengundi semula sehingga selesai.


Sumber: News Daily

Kenapa tiba-tiba game “Among Us” jadi popular ?

Game “Among Us” dikeluarkan pada Jun 2018, dah hampir 2 tahun game ini dilancarkan dan kini melonjak naik secara mendadak. Game ini antara senarai stream yang paling banyak di muat turut oleh pengguna sehingga mencecah 86 juta pada pertengahan September.

Ini mungkin juga dari personaliti popular seperti AOC , Sodapoppin, Pewdiepie, Shroud dan Ninja semuanya dimainkan dan juga stream di atas talian. Banyak memes “Among Us” juga muncul di Twitter dan Reddit, dimana penyebaran tentang game ini cepat diketahui orang ramai. Mungkin juga, ada sesetengah orang dah rasa penat main game online dengan kawan-kawan semasa kuaratin, dan ini salah satu game yang boleh dimain secara jarak jauh. Plus, game ini dapat support bermain dengan menggunakan PC dan telefon pintar korang, jadi mudah untuk bermain bersama tak kira dari peranti apa yang digunakan.

Adakah korang juga bermain game ini? Sila beritahu pendapat korang, terhadap game ini pada ruang komen dibawah ye.

#amongus #impostor #penyamaran

1 view0 comments