• Syaziyah Md Sharif

Ameera Khan Dikecam Netizen, Jual Kek Batik 'Keras Kejung'

Rasanya kek batik patut lebih 'moist' kan?


Kebelakangan ini, nama Ameera Khan makin banyak kali disebut. Sebelum ini dia dikecam kerana merekod video ketika di dalam panggung wayang.


Walaupun gosip itu masih belum reda, baru-baru ini nama adik kepada pelakon terkenal Neelofa itu disebut kembali apabila tular kek batik yang dijualnya mempunyai tekstur yang sangat keras dan tidak lembab seperti kek batik biasa.


Dalam sebuah video yang dimuat naik di Twitter oleh @/aswaliaaa, video berdurasi lima saat itu jelas memperlihatkan biskut yang digunakan dalam kek batik tersebut tidak disaluti sepenuhnya dengan mentega dan serbuk koko.

Malah ia juga kelihatan sangat kerasa dan lebih 'crunchy' sehinggakan ia seakan pecah dan bersepah apabila dihidangkan dalam pinggan.


Video tersebut turut dikongsikan Ameera dalam InstaStory miliknya selepas dimuat naik salah seoarang pelanggannya namun telah diturunkan semula beberapa jam kemudian.


Pastinya, video itu menjadi bualan hangat dan ramai yang mengecam cubaan 'influencer' tersebut untuk menjual kek batik.


Hmmmm



Sumber: Twitter



14 views0 comments