• Jonathan Shiek

Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Permata Seni Tanahair Yang Dirindui

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri atau sambutan Hari Kemerdekaan negara, lagu-lagu nyanyian Allahyarham Sudirman akan kerap kedengaran.

Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Tanggal 31 Ogos, Merisik Khabar, Salam Terakhir dan Pelangi Petang antara lagu yang sangat mesra dalam kalangan peminatnya.

Tipulahnjika anda tidak akan berasa sedikit sayu apabila mendengar lagu-lagunya.

Walaupun sebilangan besar kita tidak pernah berada sezaman dengannya tetapi lagu-lagunya membuatkan kita berasa dekat dengannya.

1989. Sudirman was the 1st Malaysian ever performed at Royal Albert Hall London + won Best Asian Performer at the Salem Music Awards Festival. He later recorded the studio version of One Thousand Million Smiles at the immortal Abbey Road Studios. We’ll never see his likes again pic.twitter.com/UBXZwVurMZ — Rekomen Filem🇲🇾 (@RekomenByAsrul) February 21, 2021

Kejayaan paling kemuncak tentu sekali Anugerah Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards yang berlangsung di Royal Albert Hall, London pada 1989.

Beliau yang dikenali dengan ‘The Singing Lawyer’ sememangnya tiada pengganti sehingga ke masa ini.

Setiap kali bulan Febuari, pasti kita semua akan merinduinya. Tataplah video-video sebagai kenangan dan hargailah bakat yang tiada tolak bandingnya.

Al-Fatihah

#sudirman

0 views0 comments