Syaziyah Md Sharif
Aliff Satar Disahkan Bebas Covid-19
Updated: Sep 20, 2021
Penyanyi dan pelakon popular, Alif Satar disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan keluar Hospital Melaka, kelmarin.
Alif berkata, selepas 12 hari dikuarantin dan menjalani rawatan di hospital itu, dia kembali sihat dan sudah bersama isteri, anak-anak dan keluarganya.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan.
“Sesungguhnya, rasa syukur yang tidak putus-putus saya lafazkan buat Allah SWT apabila dimaklumkan bahawa semua yang terbabit di set penggambaran, rakan-rakan artis dan kru produksi Muzik Muzik 35 negatif dan bebas Covid-19,” katanya.
Alif turut mengucapkan terima kasih buat semua barisan hadapan Malaysia terutama di Hospital Melaka, Hospital Sungai Buloh, saudara-mara, sahabat-sahabat dan rakan wartawan yang selalu menelefon bertanya khabar dan berdoa.
Alif disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu.