• Jonathan Shiek

Alif Satar Serba Salah Mahu Buat Review Produk Makanan Takut Nampak Mewah


Alif Satar atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar akui seringkali dihubungi dari banyak pihak yang meminta bantuannya bagi meringankan beban yang ditanggung mereka pada waktu ini.

Pelakon, penyanyi dah pengacara terkenal ini memberitahu di dalam temubual bersama Harian Metro bahawa permintaan meminta bantuan darinya ini bermula dari Pemerintahan Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0) yang lalu.

“Tapi kadang-kadang hati kita pun tak tenang juga dan anggap mereka cuba menipu. Kalau nak bagi duit secara fizikal untuk sedekah, memang ada.

“Saya juga tak lupa selalu bayar zakat di Pusat Pungutan Zakat (PKZ) sebagai cara membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.”

“Ditambah, dengan keadaan Covid-19 sekarang, semua orang diuji dengan dugaan yang berbeza,” katanya.

Peka dengan keadaan semasa, Alif berkata dia berasa serba salah untuk membuat perkongsian makanan yang boleh dianggap mewah di platform media sosialnya.


View this post on Instagram

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)


“Padahal saya nak buat review untuk produk makanan sendiri. Sebagai peniaga, kenalah buat promosi. Tapi saya tak pasti pula siapa yang akan menonton video itu.

Jadi biarlah apa yang saya buat di tepi (hulurkan sumbangan), urusan diantara saya dengan Tuhan. Orang nak cakap apa pun, biarlah.”

“Mereka pun tak tahu apa-apa yang saya buat secara peribadi,” katanya kepada Harian Metro ketika sidang media pelancaran muzik video single Lagu Raya Alif Satar and The Locos baru-baru ini.

SUMBER : Harian Metro

0 views0 comments