• Syaziyah Md Sharif

Album Taylor Swift Mengungguli Carta Billboard 200 Buat Kali Kelapan!

Updated: Sep 29, 2021

Album Evermore kini berada di nombor satu di Billboard 200, dan ini merupakan kali kedua beliau berada di carta itu selepas melancarkan album Folklore pada Ogos lalu.

Dalam pada masa yang sama, single di dalam album tersebut Willows juga berada dalam carta Hot Billboard 100 dan beliau merupakan satu-satunya artis yang mengungguli dua carta sekaligus! Wow!

Menurut Billboard, sepanjang penglibatan Taylor Swift di dalam industri hiburan, beliau telah mendapat tempat pertama dalam carta tersebut sebanyak lapan kali.

Sebelum ini, Madonna pernah mendapat tempat pertama sebanyak sembilan kali dan ini menjadikan Taylor Swift antara artis yang hampir memecahkan rekod itu!

Mesti bangga Swifties diluar sana kan?

Sumber: Billboard

0 views0 comments