• Jonathan Shiek

Album Baru Dayang Nurfaizah Mendapat Tempat Pertama Di iTunes!

Album terbaharu penyanyi terknal Dayang Nurfaizah, Belagu berada di kedudukan teratas carta iTunes dalam tempoh dua jam selepas ia dilancarkan.

Dayang berkata, album klasik itu menghimpunkan lagu terbaik tempatan dan nusantara dengan diberikan nafas baharu.

“Saya dimaklumkan pengurus, Sharina Ahmad, Belagu mula diedarkan di seluruh penstriminan muzik tepat jam 12 malam tadi dan dua jam selepas itu ia berada di kedudukan nombor satu di carta iTunes.

“Alhamdullilah, terasa segala perancangan bertahun-tahun dan kerja keras dicurahkan untuk menghasilkan album ini berbaloi. Ternyata apa yang saya mahu kongsikan dengan peminat muzik tempatan diterima baik,” katanya.

Menurut Dayang, sambutan hangat diberikan peminat terhadap album itu juga menjadi petanda positif bahawa industri muzik tempatan masih mampu berkembang baik walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Antara lagu yang dimuatkan dalam Belagu adalah Tudung Periuk, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Tari Tualang Tiga dan banyak lagi.

#belagu #dayangnurfaizah

0 views0 comments