• Jonathan Shiek

Alat Ini Membolehkan Korang Buat Pai Berbentuk Epal

Di Jepun, pengusahawan bagi pertukangan disebalik untuk menghasilkan produk yang telah bertahun-tahun lama digunakan untuk kekal terus agar sesuai dengan bentuk moden. Syarikat Oigen Foundry, yang memang pakar dalam peralatan besi Nambu seperti periuk, kuali dan sebagainya.

Kini, peralatan memasak dicipta khas menggunakan teknik besi Nambu, yang secara tradisi memang digunakan kebanyakan dari Nambu sendiri. Bagi peralatan memasak yang berbentuk epal ini, serba sedikit memberikan minat pada para pelanggan yang ingin membeli perkakas tersebut.

Idea ini tercetus dari seorang tukang masak yang bekerja di restoran Italian di Aomori, Jepun yang memang terkenal dengan penghasilan epal sedap. Jadi, Sasamori mencadangkan idea kepada syarikat berkenaan untuk membuat peralatan memasak yang baru iaitu pai epal.

Sumber: SoraNews24 

Bentuk peralatan ini, sangat jelas dengan ukiran yang memang sama dengan buah epal termasuk menampakkan daun diatas. Korang juga, boleh letak jem strawberi ke, rasberi dan pelbagai lagi jem untuk menambah rasa keenakan pada pai epal tersebut. 

Sumber: SoraNews24 

Harga sebuah peralatan ini berharga 9,350 yen (RM 360) dan semestinya korang boleh dapatkan di atas talian juga. Korang boleh klik disini untuk membelinya di website Jepun. Korang boleh makan beramai-ramai dengan menggunakan alat ini, bila ingin memasak pai.

Sumber artikel asal dari SoraNews24

1 view0 comments