• Jonathan Shiek

Alami Buah Pinggang Bengkak, Andi Bernadee Dikejarkan Ke Hospital

Penyanyi dan juga pelakon, Andi Bernadee dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana buah pinganggnya yang bengkak dan bakal menjalani prosedur pembedahan pada hari ini.

Andi yang dihubungi media berkata, dia bergegas ke hospital pada hari Sabtu yang lalu kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang dialaminya di bahagian abdomen.

Jelas Andi, pembedahan perlu dibuat kerana buah pinggangnya itu sudah membengkak kerana batu karang.


View this post on Instagram

A post shared by #KaisPagiKaisPetang (@andibernadee)


“Jam 6 pagi tadi doktor buat CT Scan dan pada pukul 1 petang ini pembedahan secara laser untuk membuang batu karang akan dilakukan..” katanya lagi.

Penyanyi lagu Penat ini turut mengambil kesempatan memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar mendoakan semuanya berjalan dengan lancar.

1 view0 comments