• Jonathan Shiek

Alamak, Kena Attack Senggugut? Doktor Tiktok Ini Mengajar Cara Nak Menghilangkannya

Ketika datang haid anda akan terbiasa merasa tidak selesa, terpulang kepada tuan badan, di sekitar bahagian perut, di belakang badan, ada yang di pinggang mahupun sakit kepala.

Ini kerana semasa anda dalam haid, otot-otot rahim anda sedang menguncup dan berehat untuk membantu proses penipisan dinding rahim. Kadang-kadang anda juga akan mengalami kekejangan malahan, sebilangan wanita juga mungkin mengalami gejala yang lebih teruk seperti loya, muntah, atau cirit-birit.

Terdapat beberapa rawatan atau petua yang boleh anda lakukan. Salah satunya adalah melalui Tiktok!

Khas dari doktor Tiktok, Dr Samhan ingin mengajar cara mudah untuk hilangkan rasa ‘period cramp’ menerusi laman Tiktoknya.

Cara-cara menghilangkan ‘period cramp’: 

  1. Baring

  2. Pusing ke kiri dan ke kanan

  3. Rapatkan kedua kaki

  4. Tahan selama beberapa minit

  5. Ulang seberapa yang anda mahu sehingga berasa lega.

@dr.samhan

Cara hilang period cramp #LearnOnTiktok #TikTokGuru #tiktokdoctor

♬ Jelek gak papa PAIJO x Konfuz Patata – Mas Paijo

Kalau anda ingin lebih banyak tips, baca yang berikut: 

  1. Ambil ubat tahan sakit. Terdapat mitos dimana ubat ini bahaya untuk buah pinggang, sebenarnya tidak. Ia sebaliknya membantu anda untuk merasa lebih selesa ketika anda didalam haid.

  2. Tuam bahagian perut dengan kain / botol air panas. Cara ini telah digunakan untuk sekian lama. Ianya dapat melegakan senggugut anda dan mengurangkan kesakitan. Panaskan tuala atau dapatkan heat pad dan letakkan di bawah perut anda.

  3. Lakukan senaman ringan seperti berjalan atau yoga, ianya akan melancarkan lagi haid anda. Kuranglah rasa sakit itu!

  4. Minuman berherba. Teh halia atau teh chamomile juga dapat menyegarkan badan anda. Herba dapat membantu mengurangkan kekejangan otot, barulah badan anda sentiasa dalam keadaan selesa.Ketika anda sedang dalam haid, badan anda perlu mendapatkan rehat yang cukup. Jadi, jangan lupa manjakan diri anda ya?

1 view0 comments