• Jonathan Shiek

‘Aku Budak Girl’ Dapat Lebih Sejuta Tontonan Tetapi Lagi Banyak ‘Dislikes’ D

Bagi yang selalu habiskan masa di laman sosial TikTok, nama Suekhaizar ini mesti pernah muncul dalam For You Page (FYP) korang kan? Gadis cilik ini sebenarnya sudah mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial tersebut! Peh

Walau bagaimanapun, beberapa hari lepas kecoh di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter apabila Suekhaizar ini mengeluarkan sebuah single yang bertajuk ‘Aku Budak Girl’.

Dalam masa tiga hari sahaja, tontonan yang dicapai melebihi sejuta, tetapi yang membuatkan ramai orang berasa agak janggal adalah apabila bilangan ‘dislike’nya lebih sedikit daripada bilangan ‘likes’!

Bukan itu sahaja, malah lagu ini juga masih kekal di nombor dua carta muzik YouTube!


Jadi kenapa ruangan komen video diatas dipenuhi dengan kata-kata kutukan ni?

Kebanyakan mereka mengatakan lagu ini tiada kualiti dan berharap agar gadis ini berhenti menyanyi. Alamak!

Credit: YouTube


Ramai juga yang mengatakan, gadis ini sepatutnya teruskan membuat content di TikTok sahaja, dan jangan menyanyi.

Hmm, tiba-tiba teringat kepada penyanyi Rebecca Black yang pernah viral dulu…

1 view0 comments