• shafika9

Aktiviti Sukan Dilonggarkan Bagi Negeri Fasa 1

Walaupun kemudahan aktiviti sukan telah mula dilonggar pastikan sentiasa jaga SOP

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 sudah bersetuju untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi bagi negeri-negeri yang berada di bawah Fasa 1 bermula pada hari esok.


Perdana Menteri berkata antara ketetapan yang diputuskan adalah membenarkan aktiviti sukan indoor, kecuali gimnasium kepada individu yang lengkap dua dos vaksin sahaja. Manakala, bagi fasiliti dan rekreasi komersil tertutup (indoor), Perdana Menteri berkata, ia dibenarkan beroperasi dengan kawal selia hanya kepada pelanggan yang sudah lengkap divaksin.


Bagi sektor perdagangan dan pengedaran, perniagaan kedai bunga/ nursery, kedai peralatan outdoor dan galeri perumahan akan mula dibenarkan beroperasi pada hari esok juga bagi negeri-negeri yang berada dibawah Fasa 1.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


1 view0 comments