• shafika9

Aktiviti Berbasikal Berkumpulan Di Jalan Raya Akan Dipantau Dengan Lebih Ketat - Polis

Amat berbahaya berbasikal dibelakang kendaraan berat, jadi janganlah dibuat perkara ini

Kredit foto: Projek MM


Bermulanya Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 10 September lalu buat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, ramai mengambil peluang untuk melakukan dengan pelbagai aktiviti seperti riadah di kawasan awam.


Terdapat rakaman video yang telah tular di Twitter sejak minggu lalu, di mana segelintir penunggang basikal mengambil risiko dengan mengayuh basikal secara berbahaya di belakang treler untuk ‘cangkuk angin’ bagi mengurangkan rintangan angin semasa mengayuh di tengah-tengah jalan raya.


Menurut dari Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohammed Rizal Kamarudin berkata, penunggang basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42 AKta Pengangkutan Jalan 1987 dan kompaun juga boleh dikeluarkan kepada mana-mana penunggang yang melanggar peraturan jalan raya.

“Walaupun kini dah boleh beriadah, tapi diminta semua pihak perlu mematuhi peraturan jalan raya untuk elak sebarang perkara tidak diingini berlaku, sekali gus membahayakan nyawa. Kesalahan ini, denda tidak kurang RM 1,000 dan tidak lebih RM 6,000 serta boleh dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan jika didapati bersalah,” katanya.


Peringatan ini ingin memberikan kesedaran kepada semua penunggang basikal supaya sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan nyawa sendiri supaya tidak berlaku sebarang kemalangan nyawa sehingga melibatkan pengguna jalan raya lain.


Sumber artikel asal dari VOCKET


13 views0 comments