• Jonathan Shiek

Akibat Terlampau Ketagih Main Game Online, Kanak-kanak 12 Tahun Meninggal Dunia

Kecanggihan teknologi yang semakin pesat menjadikan pengguna lebih cepat ketagih akan gajet-gajet yang wujud di pasaran. Yang sedihnya, ia tidak hanya terkesan kepada golongan dewasa bahkan kanak-kanak juga.

Kejadian ini berlaku di Subang, Indonesia, di mana seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah meninggal dunia dipercayai kerana mengalami ketagihan yang melampau bermain online game.

Raden Tri Sakti mengadu sakit kepala berulang kali dan akhirnya dibawa berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan. Namun, usaha itu terlambat kerana Raden disahkan meninggal dunia pada hujung Februari yang lalu.

Hasil emeriksaan pakar perubatan mendapati Raden meninggal dunia kerana mengalami gangguan saraf akibat radiasi yang dihasilkan dari telefon pintar.

Kes duduk diam-diam di rumah

Difahamkan, kanak-kanak ini sering bermain permainan video secara atas talian setiap hari tanpa mengambil peduli aktiviti lain yang lazimnya dilakukan oleh kanak-kanak sebaya dengan umurnya.

Raden dirawat selama 16 hari di hospital sebelum keadaannya semakin kritikal dan dia meninggal dunia di rumah. Kaki dan tangannya sama sekali tidak bergerak. Selama dia di hospital, tiada sebarang respon positif ditunjukkan olehnya.

Sumber: Suara

0 views0 comments